Saturday, May 4

Petugas Buat Flashmob Cedera Parah Dipukul 'I Love PM'

,



(Seorang petugas PAS sedang dirawat setelah dipukul ketika membuat flashmob)

IPOH: Beberapa penyokong PAS cedera parah apabila dipukul oleh kira-kira 40 orang yang memakai baju T I Love PM hari ini.

Ada antara mereka yang pecah muka dan kepala berdarah, kini sedang dirawat di hospital berdekatan.

Mereka hanya sekadar angkat sepanduk untuk para pemandu kereta bunyikan hon jika sokong Pakatan Rakyat.


(Petugas ini terpaksa diusung selepas dipukul)

Namun kerana tidak bertamadun, mereka dipukul hingga berdarah sebegini.

"Mengapakah petugas-petugas yang memakai baju I love PM itu sanggup melakukan perkara sekejam ini... pohon doa teman-teman... kita sayang Malaysia," tulis satu laporan dalam facebook.

Flashmob atau menaikkan poster di tepi jalan kini menjadi pendekatan kempen terbaru menjelang pilihan raya umum ke 13 esok.

Para petugas dan sukarelawan ini biasanya berdiri di simpang-simpang jalan.

Mereka yang menyokong biasanya akan membunyikan hon kereta mereka.


Sumber

0 komen to “Petugas Buat Flashmob Cedera Parah Dipukul 'I Love PM'”

Post a Comment

Sponsor

Link Checker

DMCA.com
 

Port Kongsi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger Templates