Saturday, May 4

Google Memperkenalkan Doodle Khas Bersempena Dengan PRU13

,


Google sering kali hadir dengan pelbagai pilihan doodle menarik untuk hari-hari yang terpilih, dan bersempena dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan berlangsung hari ini, pihak Google Malaysia menawarkan sebuah doodle khas untuknya.
Google Doodle PRU13
Melalui doodle tersebut, apabila pengguna klik, ia membawa pengguna kepada halaman carian dengan kata kunci GE13. Mungkin ia agak kurang berguna, dan kami lebih suka sekiranya pihak Google membawa pengguna terus ke halaman Google Malaysia Elections.
Apa pun, bagi melihat sendiri doodle khas daripada pihak Google, mungkin boleh layari laman Google Malaysia. Dan jangan lupa memberikan komen anda berkenaan dengannya.
Kemaskini: Selain laman Google Malaysia, pihak Google juga turut mengemaskini logo YouTube Malaysia dengan logo khas bersempena dengan pilihan-raya.

0 komen to “Google Memperkenalkan Doodle Khas Bersempena Dengan PRU13”

Post a Comment

Sponsor

Link Checker

DMCA.com
 

Port Kongsi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger Templates