Sunday, May 5

Gambar Peranti Baru LG Mula Kelihatan

,

LG Baru
EvLeaks telah hadir dengan gambar peranti jauh sebelum ia diumumkan secara rasmi, dan hari ini, mereka memperlihatkan gambar sebuah peranti baru daripada LG. Buat masa ini, apakah nama peranti tersebut tidak diketahui sepenuhnya, dan spekulasi awal dibuat berkemungkinan adalah Optimus G2.
Beberapa ura-ura berkenaan dengan Optimus G2 telah kedengaran sebelum ini, mengatakan ia akan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 800, serta rekabentuk yang nipis berbanding sebelumnya.
Daripada gambar yang diperlihatkan, ia memaparkan rekaan kerangka tepi yang nipis, serta tidak menyertakan butang fizikal pada bahagian hadapan.
Ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan diperkenalkan kepada umum.

Sumber Rujukan : amanz

0 komen to “Gambar Peranti Baru LG Mula Kelihatan”

Post a Comment

Sponsor

Link Checker

DMCA.com
 

Port Kongsi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger Templates