Sunday, May 5

Debian 7.0 “Wheezy” Sedia Untuk Dimuat-Turun

,

Setelah membangunkan projek Debian 7.0 sejak beberapa bulan yang lepas, kini pembangunnya secara rasmi telah mengeluarkan versi stabil mereka, sekaligus membolehkan para pengguna memuat-turun dan mencubanya pada komputer masing-masing bermula hari ini.
Debian
Dikenali dengan nama kod “Wheezy”, Debian 7.0 buat pertama kalinya membolehkan pengguna memasang versi 32-bit ataupun 64-bit pada komputer mereka (tanpa mengira architecture) dan menggunakan semua fungsi dengan baik tanpa masalah.
Debian 7.0 Wheezy juga turut sama membawakan pelbagai perisian dan aplikasi baru melaluinya, termasuk persekitaran desktop GNOME 3.4, pelayar web Iceweasel 10, GIMP 2.8.2, Xfce 4.8, dan pelbagai perkara yang lain.
Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun Debian 7.0 Wheezy dan memasangnya pada komputer anda hari ini.

Sumber Rujukan : amanz

0 komen to “Debian 7.0 “Wheezy” Sedia Untuk Dimuat-Turun”

Post a Comment

Sponsor

Link Checker

DMCA.com
 

Port Kongsi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger Templates