Friday, May 3

Masha Allah! Jutawan Ini Sanggup Bayarkan Saman Niqab

,

Masha Allah! Jutawan Ini Sanggup Bayarkan Saman Niqab | Mungkin ada di antara kita di sini tidak mengetahui tentang larangan pemakaian niqab di beberapa buah negara barat. Pemakaian niqab di sana amat ditegah sama sekali dan hal ini jelas bahawa pemakaian niqab boleh dikenakan saman kepada individu-individu yang tampil imej sedemikian. Saman di sana bukan murah. Namun di sebalik isu ini, terdapat seorang jutawan tampil menyediakan dana untuk menanggung segala kos saman kepada wanita yang disaman kerana memakai niqab. Masha Allah, sungguh mulia jutawan ini.
Ini gambar seorang lelaki bernama Rachid Nekkaz, usahawan kacukan Perancis-Algeria yang tinggal di Perancis
Beliau mendengar tentang pengharaman pemakaian Niqab di Perancis. Kemudian beliau beritahu yang, beliau akan bayar semua SAMAN yang dikenakan kerana memakai niqab – bukan di Perancis sahaja, tetapi di mana-mana negara yang mengharamkan pemakaian tersebut.
Beliau mulakan dengan dana 1 Juta Euro (RM4.02 Juta). Kemudian beliau berkata, “Saudariku, pergilah ke mana sahaja yang kamu nak, dan saya akan bayar semua SAMAN yang dikenakan ke atas kamu itu”
Semoga Allah memberkati beliau.

0 komen to “Masha Allah! Jutawan Ini Sanggup Bayarkan Saman Niqab”

Post a Comment

Sponsor

Link Checker

DMCA.com
 

Port Kongsi Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger Templates